Pelbagai koleksi terbaru dan terhangat menanti anda..rebutla peluang ini...belian secara terus atau borong...harga yang di tawarkan,sangat-sangat berbaloi...hubungi asda center untuk maklumat lanjut.
Satu Majlis Kesyukuran dan bacaan Yassin sempena pembukaan Pusat Pakaian Asda Center telah di adakan pada 12 June 2010 bertempat di Taman Pelangi Semenyih. Pada Majlis tersebut bacaan yassin dan doa selamat telah di pimpin oleh imam surau taman pelang semenyih. Terima kasih kepada yang hadir dan membantu sepanjang majlis tersebut berlangsung.Semoga Asda Center terus maju dan dapat menjalankan perniagaan dengan jayanya.
Siapa sahaja boleh menceburi perniagaan import dan saudagar Borong?Biar betul..!!kedengarannya seperti memerlukan modal yang besar,mempunyai pengangkutan,pengalaman berniaga di negara orang dan lain-lain faktor yang menggerunkan sesiapa sahaja menceburinya terutama peniaga-peniaga kecil. "Memang benar,kini sesiapa sahaja boleh menjadi pemborong dan tidak semestinya berbekalkan modal jutaan ringgit." Perniagaan borong atau mengimport dari negara luar seperti China,Vietnam atau india telah lama di lakukan oleh peniaga bukan bumiputra tetapi ia masih agak baru khususnya di kalangan orang melayu. Ketiga-tiga negara ini menjadi pilihan di kalangan pemborong kerana menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dab mampu memenuhi permintaan pasaran. Paling penting,negara-negara ini menawarkan sumber pada harga yang cukup kompetitif,lebih-lebih lagi kepada pemborong berskala kecil dan yang baru hendak bermula. Senario Pasaran borong makin berubah apabila semakin ramai Usahaman Melayu berusaha membebaskan diri daripada terus bergantung kepada orang tengah. Cara terbaik ialah dengan menjadi pemborong dan berurusan terus dengan pembekal bagi memberi ruang lebih luas untuk tawar-menawar harga.